Friday, July 17, 2009

Wah.Best nya kutuk orang.

Harini aku g uniten.Pada asalnya nak teman si Qila tu add subject.Aku sampai uniten dulu dari dia.Padahal dia duduk Subang je.isk~ But then,tengok2 dah habis dah pon tempoh nak add subject.Dah tu Qila kena la buat appeal untuk add subject.Adeh la Qila.Aku dah melalui semua tu.Payah weh.Baik ko add skang weh…Kalau tak mati ko nanti.Kata nak grad sama kan~?Dah tu,kira tak bleh nak add subject la,aku dengan Qila pun amik borang nak tangguh pembayaran PTPTN.Since dedua tak grad lagi kan.hihi. XD

Lepas amik borang tu,ktorang pun terus la g Alamanda.Masing2 perut dah lapar.haha.Sampai2 je Alamanda,terus ke RASA food court.Masing2 makan nasik lemak.Memula tu nak makan mee kari la ape la,aku plak nak makan teppanyaki la ape *tapuyuku bak kata abgku Erry. :P * semua tak jadi.Since ktorang g tu time lunch,tapi tak ramai lagi orang gov datang.Kira timing ktorang ok jugak la.Lepas ktorng dapat tempat duduk je,terus ramai orang datang.Time betul2 tengah nak sembang dengan Qila,tetibe ada makcik ni datang,tanya ada orang tak duduk kat seat lagi 2 tu.Aku pun cakap je la tak de ingatkan dia nak letak makanan je ke pe.Tengok2 dia nak duduk.Aku dengan Qila takkan nak halau plak kan.Bukannya tak de meja kosong lain,ada je kat blakang ktorang.Ntah apesal.Ktorang lawa kot.hahahha :P *ape kaitan?* Nasib baik makcik tu makan cepat.Dia blah je,ktorng pun blah.Sebab kesian ramai orang nak makan.Orang gov,semua lapar2.*Padahal bukan dok buat kerja pun.Tadi pukul 10am dah minum pagi dah.Ni kechoh nak lunch.Lagi2 harini hari Jumaat,kaum wanita la banyak shopping kat Alamanda tu.* Aku dengan Qila pun g Starbucks.Duduk situ gila lama aa.Bermulalah pengutukan berlaku~ HAHA.Sape ktorang kutuk?Adalah.Orang yang blagak tapi kosong.hihi.Orang yang makan TGIF pun nak kechoh.Orang macam tu la.Kesian kan?Haih. :P

Lepas dah rasa nak kena g toilet tu,ktorang pun g lah toilet.Then jalan2 dalam Alamanda tu.Alah,Alamanda..Ada ape lah sangat.Haha.Kecik je.Then,Qila terjumpa Pejabat Pos.Dia kata lah, ‘Rugi aku tak bawak gambar,kalau tak boleh renew lesen aku..dah 4 bulan mati’ Then aku cakap la ‘Weh,renew lesen tak payah gambar lah.glamer lebih je ko.haha.’ Lepas tu,terus la pi renew.Time tengah tunggu turn tu,aku call Irfan.Hehe.Saje2 la call tau dia tengah kerja tapi cam gatai nak call jugak.Aku cakap la ‘Sayang,bb kat hospital ni.Shh.Tak bleh cakap kuat2’. Tumpang pulak time tu tak ramai sangat orang kat Post Office tu jadi suasana senyap je la,macam kat hospital.Irfan plak tanye ‘Sape sakit?’ then aku cakap la aku yang sakit.Mau suara dia jadi lain.tanye aku sakit ape.Dan dan time tu la kuar jadah suara robot yang panggil no giliran tu.Haha.Aku pun cakap la~ ‘tak de la sayang,bb kat post office ni.hihihihihihi’ Jahat kan aku?suka menyakat bf aku tu.kesian dia. :P

Lepas dah jalan2 satu Alamanda tu.Sampai masuk Parkson dan Carrefour.Ktorang pun balik uniten.Amik keta aku.Then,tunggu bf Qila call,sebab malam ni derang ada date kat Mines,so bf Qila naik ktm dari Nilai ke Serdang.Bila dia dah call tu,aku pun blah.Dalam otak aku ni,dok fikir jalan mana la yang tak jam.Tak kesah la jauh ke dekat ke.Alih2 at first aku nak lalu Lebuhraya Sg. Besi –> Kerinci Link –> Penchala Link –> LDP.Tapi bila aku lepas  Kerinci Link je,menghala ke Hartamas,jam pulak kat situ.Aku ape lagi masuk Segambut.Hihi.Tak jam! :) Pandai aku cari jalan.Tapi agak jauh la jugak.Tak pe,janji tak jam.haha. :P Jam kat Hartamas tak pe,boleh tengok banyak keta best2.Aku suka.haha.Aku nampak Audi Q5 *aku jeles tengok keta ni.lampu blakang dia cantik,lampu depan dia boleh pengsan aku tengok.cantik sangat!*,Mazda CX7 *lampu blakang dia pelik gila.cam plastik* So,kira perjalanan balik aku Lebuhraya Sg. Besi –> Kerinci Link –> Hartamas –> Segambut –> Desa Parkcity Gate 1 –> Menjalara. :P Jauh tak?Haha.Bak kata boyfie yang aku sayangi,aku genius mencari jalan. :) Kan yang kan?hihi.

 

170720091237

*Qila and Me.Minah, nanti jangan lupa roger aku.Aku selalu je lalu subang bistari tu.haha.ngoks btol la ko ni.tak bagitau aku awal2.choih!~*

6 comments :

  1. wahh, korang pi alamanda~ jelezjelez.. hehe..

    ReplyDelete
  2. lol~!

    asal ole je kutuk org tak ajk aku..len kali ajk aku eh..hahahaa..kasi panas lagi sket..kuang2~

    dh tu qila dh bole add tak?

    ReplyDelete
  3. Haha.Tu ah weh~ tak pe.Isnin ni aku g uniten lagi.ko ada kelas pukul brape? :D
    Tapi petang tu aku kena g umah Irfan,ajar adik dia math. XD dalam pukul 3.20pm.

    ReplyDelete
  4. pago ok kot..tak ingt aku kul bpe klss..xpe ko roger je bila smp tp kalo aku ada klss, jmpa nxt tym ler..

    ReplyDelete
  5. okeh2.aku g pagi2 kot.b4 12pm aku sampai dah uniten. XD ape2 aku roger ko.

    ReplyDelete

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017