Wednesday, August 26, 2009

Mengejar Duniawi :)

Aku tengok.Ramai kawan2 aku dah berjaya.Tahniah aku ucapkan.Yang dah berjaya ke tahap nak jadi jutawan,yang dah berjaya mendapat apa yang mereka mahukan,inginkan.Yang dah berjaya membeli anak orang dalam erti kata lain dah berkahwin.hehe.Tahniah dari aku seikhlas-ikhlasnya.Tapi,ada juga yang dah berjaya,tapi keluarga ditinggalkan,agama dilepaskan macam tu saja.Kalau macam tu,boleh dikira berjaya ke?Boleh la kan?Hehe.Aku tak tahu lah.Allah boleh tarik kejayaan bila masa saja.Bila dah kena tarik semua,barulah nak sedar.Manusia.Biasalah.Bila dah kehilangan baru nak datang hegeh-hegeh minta simpati.Bagi aku seseorang itu tak akan di kira berjaya sekiranya kehidupannya tidak direstui oleh ibu bapa,cintanya tak direstui oleh kawan-kawannya sendiri dan kerjanya tak direstui Allah.Macam mana nak tau kerja tu Allah restukan?Bagi aku senang saja,dengan duit yang kita dapat hasil dari pekerjaan kita tu,kita mesti boleh hulurkan ke mak dan ayah kita tanpa rasa ragu-ragu akan duit kita habis.Kalau Allah merestui kerja kita,jangan risau duit takkan habis dan kita takkan terhegeh-hegeh mencari siapa yang pernah hutang dengan kita dulu-dulu untuk mendapatkan duit balik.Cara yang sungguh keji sekali.Ada tu pulak,bila dah berjaya bongkak dan riak.Habis semua orang dia nak tunjuk yang dia dah berjaya.Allah sangat tak suka orang yang bongkak dan riak.Macam yang aku cakapkan,Allah boleh tarik harta kamu tu dalam sekelip mata.Hilang semuanya.Oleh itu kawan-kawan janganlah kamu sesekali bongkak dan riak dengan kehidupan senang kamu.Biarkan ia menjadi hal kamu sendiri dan jikalau orang pun tahu,biarlah mereka tahu sendiri.Dan bukan dari kamu yang bongkak memberitahu kepada mereka.
Aku walaupun tak mempunyai wang yang banyak,tak dapat nak membeli apa yang aku inginkan,tak dapat nak merasa kehidupan seperti anak raja atau kehidupan seperti seorang jutawan,namun aku tetap bertuah sendirian.Kerana seba sedikit aku mempunya rakan-rakan yang setia untuk ku.Aku mempunyai teman lelaki yang paling memahami di dalam dunia ni dan aku mempunyai ibu bapa yang sayangkan aku.Setidak-tidaknya.Dan aku bersyukur kerna aku tak mengejar harta duniawi tetapi aku mengejar cinta hakiki.Harta duniawi boleh hilang sebegitu sahaja namun cinta hakiki akan bersama selamanya.Kesiankan orang yang tak mempunyai cinta atau tak pernah temui cinta?Tak kisah lah,cintakan siapa pun.Cinta kan kawan-kawan,cintakan Allah,cintakan ibubapa,cintakan suami,cintakan tunang..sesiapa saja.Cinta adalah percuma.Walaupun sekaya mana orang itu,namun tidak dapat 'membeli' cinta adalah sesuatu yang sungguh memalukan.Cinta adalah 'benda' yang paling 'mahal' dalam hidup.

IMAG0084

01102008324

30012009313170720091237 2652_64240704311_544454311_1473368_1754881_nDSC03628

15042009587

PC310496

2959_74930549441_626619441_1683557_4799270_n

*Love Love Love Love*

3 comments :

  1. aku BENCI org bongkak.
    aku BENCI org yg suka ckp besar,yg suka menunjuk-nunjuk ni.
    B+E+N+C+I=MENYAMPAH!
    eh..ada gamba aku la.hehe..=)

    ReplyDelete
  2. Woouh babe, syahdu aku baca post kamu(insaf sekejap)...love kamu babe..hope 2 hear from u soon..xoxo

    ReplyDelete
  3. Mas: Hahaha.memang aku pun benci jugak weh.cam haram nak tunjuk2 ape ntah la...aahaha..

    Eh eh memang gambar kau ada. :D

    Qila: Hehe.syahdu jadah pe hang ni aku sepak kang.haha.tak de syahdu2 ni.haha. :P :P love you too babe.ala contact2 je la aku.ish.hope to be at your house soon.ahah. :P

    ReplyDelete

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017