Okay,semalam aku sampai Langkawi around 9.05pm.Sampai2,amik kereta sewa then terus ke hotel.Check in lepas tu keluar makan kat Jetty.Then balik,aku main FB and then tido.
Harini,aku bangun lambat.Macam biasa je la kan aku kalau tido hotel comfirm bangun lambat punya first day tu.Hehe.Aku tido pun lambat jugak sbenarnya semalam.Tapi tak pe itu cerita lain. :) So,lepas bangun aku tengok parents aku tak de dalam bilik (seperti biasa) then aku pun terus mandi.Aku tengok syampoo dengan sabun hotel really suck gila.Tibai je la lepas ni aku nak suruh mak aku belikan sabun J&J untuk aku. :D So,time aku mandi tu,aku dengar ada suara TV terbukak.Lepas mandi aku pakai baju siap2 semua,keluar toilet parents aku dah balik.Lepas tu terus keluar balik.
Okay first stop aku harini adalah taman burung.haha.Dulu pernah g sini skali.Time tu macam tak de ape2 pun kat sini lagi.Kali ni okay la sebab ada orang lain jugak.Aku pegang kera.Memang cute gila tangan dia!Macam pakai sarung tangan.Kat bird park ni orang boleh bagi makan kat burung la,kera la ape semua.So,mak aku bagi kat kera ni carrot dengan pisang.Ala cutenya la. :D
Lepas habis jelajah taman burung,ktorang ke pusat kraft tangan.Memang sini wajib datang setiap kali datang Langkawi.Bukan ada ape sangat sini.Cuma ada batik2,kraft tangan2 tu la.Kat situ makan tengahari since aku tak makan lagi.So,makan la laksa dengan ABC.air aku 2 okeh,satu lagi teh o ais.haha. :P
Then,ktorang terus ke Langkawi Cable Car.Wah.Tercapai jugak hajat aku nak naik Cable Car ni lagi skali.Suka suka suka!Nasib baik takde orang tadi.Seriously tak de orang.Beli ticket pun terus beli je tak de nak beratur2 panjang.Beli ticket,then naik atas tu tunggu skejap dah boleh masuk cable car dah.Tapi seriously memang agak gayat la jugak.Mau la kalau tersekat kat tengah2,tak berjalan cable car tu,memang mati aku berpeluh2 jugak.Haha.Aku ni tadi nasib baik ok lagi la.Cuma memang gayat.Kat atas tu,ktorang tak turun stesen 1st,terus ke stesen 2nd.Situ ada macam pelantar tinjau.Boleh nampak bawah,laut,and even Thailand. :) Sejuk gila kat atas tu.Macam aircond! :) Time nak naik gayat,nak turun plan cable tu bergoyang2 macam hell! Seriously nampak cable dia goyang ok! Haha.dia macam berayun.Watta!
Then,kuar dari cable car,terus ke pekan Kuah.Ke Jetty aku pun tak tau untuk ape.haha.macam g then masuk kedai watson beli sabun semua then balik hotel.
So,itu lah tempat2 yang aku g harini untuk setakat ni.Malam nanti nak makan seafood.So aku wajib order sotong tepung je la.Dengan ikan 3 rasa please.aku tak nak ikan masak lain dah.dengan sayur kailan ikan masin.Itu je manu aku malam ni.Oh man aku lapar sekarang. :(
No comments :
Post a Comment