Wah! Harini aku dan warga Thinkplus Consulting pegi mandi sungai! :) Memang best sebab ada BBQ skali. Semua hasil daripada Shahrom the Chef. :D So, bangun awal pagi sebab nak kumpul kat Spicy dulu. Then bila semua dah datang, dah siap makan semua..So konvoi la ke Sungai Sendat. Sebelum tu, semua berenti isi minyak kat Petronas kat Manjalara ni dulu. :)
Then, bergerak ke Hulu Yam. :) Jauh jugak la nak ke Sungai Sendat ni. Dalam nak dekat 40min jugak kot.Dia tambahan lagi beberapa KM dari Ulu Yam. Jalan nak masuk tu, mula2 jalan tar elok je la sebab ada kawasan perkampungan kat situ. And then lepas tu dah semua jalan tanah merah dengan berlopak sana sini. Irfan plak baru je tukar tayar dia hari jumaat lepas, so memang sayang la kan. Dugaan betul la ni. :P Ada la jugak dalam nak dekat 300m kot jalan tanah merah tu. Tapi semua kereta ktorang lepas je. Macam2 jenis kereta ktorang bawak. Ada Vios, Myvi, Viva, Starex, dengan Saga aeroback. Semua lepas je. So aku rasa,bab jalan ni tak ada masalah lah. :)
And then, bila sampai je kat pintu masuk tu,kena bayar rm5 untuk satu kereta, and then nasib baik time ktorang sampai tu, tak de la ramai orang sangat. So,port ktorang agak baik la jugak. :)
Then, team khemah pasang khemah, team bbq siapkan arang bbq semua, team gossip pun gossip so semua buat kerja masing2 time dah dapat port tu. :) Dengan sejuk gila and nyaman gila, aku bila dah nampak tikar tu rasa nak baring je la kan. Haha. Tapi hati rasa macam tak sabar nak masuk air. Cuma aku takut air tu sejuk, which is..memang sejuk pun la! :P
* Team BBQ *
* Team Khemah *
* Team GOSSIP GIRLS xoxo *
Then, bila ayam tengah dok kena bakar, aku dengan Irfan pun masuk la dalam air tu,jalan jalan saja nak test kesejukan air tu. Skali masuk je kaki, mak aih sejuk gilaaAAA!!! haha. Aku dah la tak suka sejuk. Memang tak de mood dah la kan aku nak jalan jauh2. :P Kesian Irfan sebab dia nak pi kat tempat dalam skit supaya bleh rendam badan. Aku tak nak.. Then,second time aku masuk, time tu Zati dengan Haizan dah ada dalam air dah. And memang sejuk gila la kan air tu. Aku redah je. So snap la gambar satu dua. :) Lepas tu je, terus hujan~ :D
Time hujan tu,semua tak duduk senang dah la kan. Sebab time ni la Mr. P aka Pacat akan timbul. LOL. Semua bila rasa gatal kat badan skit je, dah risau dah. Hehe. :) Termasuklah aku.. Tapi Alhamdulillah..tak de pacat pun gigit aku. Maybe darah aku tak sedap kot. Haha. ;p Time nak tunggu hujan reda tu, ktorang makan la ayam bbq rekaan Shahrom. Memang sedap meletops lah. :D Then, time tu memang sejuk gila..Tapi budak laki dah masuk dalam air dah. And aku dengan Zati pun rasa nak masuk, so ktorang pun redah je la masuk. Haha. memang confirm la sejuk macam ais kan air dia sebab dah la tengah hujan, air plak memang dah sejuk..ditambah dengan hujan lagi,angin semua..memang complete la kan sejuk ais dia. Even time kita cakap pun bleh keluar asap. Tengok, tak payah ke London pun bleh cakap kluar asap. Jangankan London, ke Genting Highland pun tak perlu. Kat Sungai Sendat ada. haha. ;p
Lepas tu, semua duduk2 dan berehat2. Ada yang makan-makan..ada yang nak tido (aku la tu) ada yang tgh bakar kambing la ape la. So, semua bz buat hal masing. Time ni plak, kambing baru masak, so ape lagi semua nak makan kambing la sebab dah sejuk sangat. Then, ke second stage of air terjun. Kat kawasan orang suka slide. Tapi ktorang tak slide la. Takut la nanti terkena batu kang naya je. So, semua berendam je kat situ. Tapi air dia tak sejernih kat bawah. Kat situ air dia kotor dan berminyak and berbau kari/tomyam. SO yucks gila! Once dah masuk aku dah bleh bau kari tu. So,aku masuk tak lama and then naik balik. Tengok ada sorang ni nak buat slide. Gerun gerun. Dia dah slide dari atas, bila sampai bawah je tak timbul2 dah. Risau gila semua orang. :s
Then, makan time lagi…kali ni kambing lagi dengan hotdog. Lepas makan, aku dengan Zati pi mandi kat toilet dia. Lepas mandi je trus segar gila! Lepas tu, dah bye kat semua, aku dengan Irfan pun balik. Dan skarang ni, aku rasa tak sedap badan dah. hehe.