Okay geng. Raya dah habis. *sobsob* harini ada pulak yang nak buat kenduri kawin banyak banyak sebab tarikh 10.10.10. Kahkahkah. :D Tak nak cerita pasal kenduri kawin2 ni sebab nak cerita pasal open house rumah ex PUO mate aku ni, Ayuni. :)
Nak dijadikan cerita, aku tak boleh nak g rumah ayu sebab ada satu masalah smalam. Masalah geng. :P sorry ye Ayu. hehe. Lepas tu aku contact Fila and tanya dia kat mana sebab Ayu kata Fila dengan Liya dtg open house rumah dia. Tepat masa aku contact Fila, dia otw ke KL Sentral masa aku call dia. So,aku mengofferkan diri utk amik derang kat KL Sentral and then g Ampang Jaya rumah Ayu. Sebabnya aku dah 6 tahun tak jumpa mereka-mereka ni. So aku bersiap2 and then gerak ke Sentral. Dua budak ni bleh plak sental Burger King masa aku OTW tu.haha.Dah kata nak makan open house bleh plak derang makan burger king. :P Tapi,otw ke rumah Ayu pun jam gila! So nasib baik la derang makan dulu.
Rumah Ayu kat Ampang Jaya.Blakang jauh kedalam lagi. Dah la traffic light kat turun AKLEH tu rosak. Memng jam habis lah jalan Ampang dari Ampang Point sampai ke Waterfront. GILA kan? :) Kalau aku tau lah, aku tembus dari Taman Kosas. Uff. So tak pe lah, sesat skit je lah. Tapi tak de lah sesat teruk sangat.
Sampai-sampai je parking pun senang sebab depan tu dia ada apartment and tempat perking dia open kat public. So parking la kat situ. Fila macam biasa gila orang nya. Liya plak ayu2 mcm tu. Sampai2 je terus makan. Haha. Aku lapar gila. Fila and Liya derang dah makan dah. Lepas makan tu amik2 gambar. Nasib baik derang ni gila gambar. Memang habisla kat satu tempat tu ktorang posing mcm org gila. haha. Tak kisah tetamu semua. Then Ayu plak hilang mana kena amik Sufi kat Jelatek kot. Lagi la ktorang buat macam rumah sendri je. hahaha. Lepas tu, tumpang bilik Ayu jap sebab nak rehat and Liya nak smayang. Then, keluar dari bilik tu, Sufi pun dah sampai dah.
Ktorang pun dah nak kena balik sebab Fila and Liya nak kejar bas. Kali ni time balik aku dah pandai skit la lalu jalan Taman Kosas tu sebab tau kat depan jalan Waterfront tu memang jam jam jam GILA! So,turunkan derang kat Stesen Bas Jalan Hang Tuah since PUDU dah tak de. :) Lepas tu aku pun pepandai la lalu jalan yg kat Brikfields. Tak tau plak aku jalan tu dia dah buat lencongan baru. Memang aku go with the flow je lah and then keluar kat Seputeh. Nasib baik lah aku ni agak terror kalau bab jalan raya ni. Kalau tak, memang aku menggelabah tak tentu pasal dah. Pada aku, janji aku kat dalam kl lagi, aku selamat. :P Kalau kat luar pun, aku ni pandai ramal jalan. Aku macam sort of bleh nampak jalan tu akan g mana and akan tembus mana. Bukan nak bragging tapi itu kenyataan. :)
So ni lah gambar2 yang ktorang amik smalam. Kalau nak tgk lagi, g la melawat FB aku. Kalau korang ada add aku kat FB tapi aku tak approve2 lagi, sila bagi message and kata korang pembaca blog aku. :)
No comments :
Post a Comment