Last Friday, Irfan, Fira and I went to Langkawi Island. Saja2. Planning starts in July. 3 months before the actual date to depart. :) Lama kan? Ye la, nak kumpul duit, planning2 and all. Cukup lah 3 bulan. Lagi2 nak puasa & raya. Budget mesti betul2.
DAY 1
Perjalanan nak ke LCCT tu punyalah banyak ‘rintangan’ dia. Me and Fira awal pagi dah bersiap nak ke Putrajaya Sentral dari rumah Chak. Lepas sampai kat situ, tunggu Irfan sebab dia pun nak ikut sama. Lepas naik ERL, turun kat Salak Tinggi, tukar plak naik Bas ke LCCT. Nasib baik turun2 bas dah sampai. Kalau tak, kena tunggu lagi la.










We boarded Air Asia flight pukul 11:30am macam tu even though kat ticket kata pkl 12:00pm. So, sampai lah awal sikit kat Langkawi. Around 12:45pm macam tu dah. Dalam flight, punya lah bershopping dah! HAHA! Beli tu beli ni! hahahah. Kereta sewa pun dah book awal2 lagi. So, orang kereta sewa tu pun jumpa kat Airport, so senang la skit. :) Lepas sampai, dah dapat kereta sewa, trus ke arah Pantai Cenang sebab nak cari makan and check in hotel. Dapat la jumpa kedai makanan Melayu kat Pantai Cenang tu. Disebabkan hari Jumaat, tak banyak kedai yang bukak. Sebab Kedah cuti hari Jumaat kan. Dah dapat makan breakfast + lunch, pegi la kat The Cabin. Tempat ktorang tido nanti. Dah check in, semua dah letak barang dalam bilik, lepas tu keluar balik ke Cable Car.










Ni kali ke 3 aku naik Cable Car. Tapi kali ni aku rasa paling worst skali. Sebab time tu berangin dan berkabus. So paham2 lah kan keadaan macam mana. Aku agak takut la. haha. Sebab dapat dengar bunyi angin and cable car tu macam goyang2. Walaupun goyang sikit je, tapi dah kat tpt tinggi, and bawah tu hutan, mmg aku agak kecut perut la jgk. Dah sampai kat platform paling tinggi skali, dah pulak berkabus, so tak nampak ape lah. Seriously tak nampak ape. Isk. :( Tak pe lah, nak buat macam mana. Skarang mmg musim hujan kat sana. Lepas turun tu, ada plak org buat tangkap gambar dengar ular. Aku pun ape lagi, amik je la. Fira dah lari jauh2 dah. haha. Lepas ke Cable Car, terus ke Tanjung Rhu. Sebab pada asalnya nak pegi Pasar Malam kat Air Hangat. So, dah otw ke sana, alang2 pegi la survey tempat nak buat Mangrove nanti. So, sampai kat Tj. Rhu je, terus tanya orang Mangrove tu. Harga package,pukul berapa boleh datang and all lah. Lepas dah dapat sebut harga, terus ke pasar malam kat Air Hangat. Seriously, kalau pergi Langkawi, please, pergi la Pasar Malam dia. Nasi Kandar RM2.50, Air The Ais RM1.00, Tokiaw 5 ketul RM1.00 and self service lagi! Korang tak tau ape itu Tokiaw, silalah ke Langkawi. Lupa plak nak amik gambar sebab sebok dok makan je kerja. So cari kat google and terjumpa gambar kat blog iamyonna so saya pinjam and bagi credit kat sini ye. :) Then, beli spiral potato. First time nak rasa. SEDAP! seriously lepas ni nak kena cari kat KL plak. Kat mana ada eh? :((


Lepas tu, terus ke cabin, mandi2 and rehat skejap. Malam makan kat Hj Ramli. Makan steamboat. Aku kurang skit sebab dia banyak seafood. Aku makan mee dgn fishball. Fishball dia SEDAP GILA GILA okayy! Seriously!! :) Lepas tu, ktorang ke Pekan Kuah. Jalan jalan sambil tengok dan cari makanan yang boleh di bungkus utk buat breakfast esok pagi. Ada la Maggi, roti krim, roti jagung, roti buku dgn tuna. Air plak, beli air mineral satu tong tu sebab nak buat masak air (sebab aku geli nak amik air dari toilet punya sinki) and air utk minum. Dah pulak malam tu ada Pak Arab dok bising2 sebut2 ‘malayzia malayzia’ tak tau la sebab ape kan. Macam derang tgh main game. So, terpaksa lah complain kat org hotel.





DAY 2
Bangun awal gila sebab nak pegi ke arah Tanjung Rhu. Mangrove time! Kalau datang Langkawi, wajib lah buat Mangrove ni. Dulu aku pernah ikut dah, time tu pegi dgn officemates. Tahun lepas. Tapi tu kat Kilim. So, kali ni try yang kat Tanjung Rhu plak. Port berlepas dia lain2, tapi ada aktiviti dia kebanyakkannya sama je. So, ktorang dapat harga bot dalam RM180 utk harga sewa selama 2 jam katanya. Tapi last2, kamceng2 dengan org bawak bot tu, dia kata tak kisah tak ikut jam pun tak pe la. Janji kita enjoy je. :) So, pegi la melawat Bat Cave, Crocodile Cave (Tak dapat masuk dalam sebab air pasang. boat tak lepas. T_T), lepas tu dia bawak ronda kat Laut mana tah and aku dah start gayat dengan air. Haha. Last skali pegi kat fish farm and makan kat atas floating restaurant. Air Lemon Lime dia TERBAIK! :))








Lepas Mangrove, balik hotel balik. Sebab nak mandi and rehat. Lepas dah sejam rehat, gerak ke Underwater world plak. Alah, sekangkang kera je dari hotel. Tapi naik kereta jgk sebab lepas underwater world tu nak gerak ke Pekan Kuah. Hari Sabtu ada pasar malam kat Pekan Kuah. :)) Sebelum ke pasar malam, singgah jap kat Langkawi Fair. :))






Dah habis ke pasar malam, dah makan and dah jalan satu pulau termasuk kat Awana Porto Malai, malam tu keluar la dari bilik utk jalan2 kat Cenang. Malangnya,hujan plak kan malam tu. So, agak tergendala la skit. Tapi still boleh shopping2 lagi. hehe. tak patah semangat tu!








DAY 3
Hari nak balik KL dah. Bangun lambat skit. Lepas dah siap mandi, packing semua sebab nak checkout awal. Lepas dah check out, terus ke Pekan Kuah utk nak cari makan. Breakfast terus lunch skali. Makan nasi. Lepas tu, jalan2 lah pegi kedai2 Hj. Ismail Group (HIG), Idaman Suri, pegi jetty tgk HIG kat sana. Sebab mak pesan periuk ape tah. So, kat HIG pekan kuah tak ada stok. Ingatkan kat Idaman suri ada la model tu. Rupanya only at HIG. sigh. So berpatah balik la. :) Last2 dalam pkl 2pm, ktorang sampai ke airport. Dah buat checkin, dah drop luggage. Boleh la jalan2 dalam airport. hehe. Lepas minum kat Starbucks, beli mini perfume.Makan skali sebab tak amik makanan dalam flight.

* Bye bye Langkawi. See you in March 2012 *
Sambil lepak kat Starbucks, buat planning bila nak pegi Langkawi lagi. So semua dah agree bulan 3 nanti InsyaAllah. :) Ada sesiapa nak join? Maybe nak pegi Island Hopping & snorkeling plak kot. ;)