Monday, December 24, 2012

Food Porn : Nasi Kukus Ilham

IMG_4984

Sorry geng, tak sempat nak amik gambar yang ‘proper’ skit. Haha. Well, kalau korang semua nak tahu, dah 2x aku makan kat kedai nasi kukus ni. And kali ni baru ada rasa nak share dengan korang lah ye. Kedai nasi kukus ni kat Mutiara Damansara. Very near the Balai Polis Mutiara Damansara area and berdepan dengan Surau Mutiara Damansara.

Kedai Ilham Nasi Kukus ni aku pergi dua dua kali pun lauk dia ayam berempah. Tapi nasi kukus dia memang best! Tak de lah terbaik sebab I pernah rasa yang terbaik lagi dari ni tapi tak ingat kat mana. :( Makan dengan ayam goreng berempah+nanas+Ikan bilis+kuah kari+Sambal belacan. Tapi yang mana tak suka pedas or tak makan pedas sangat, boleh skip sambal belacan tu sebab sambal dia very the pedas the bomb! haha :) Meleleh air mata aku bila makan. Sebab pedas sangat. T_T

Cara-cara nak beli / order kat kedai ni..

1. Order makanan ape nak kat kaunter utk order/amik makanan.

2. Order minumam ape nak kat kaunter order / amik minuman. (Air jagung dia sedap!)

3. Bayar kat kaunter bayaran.

4. Duduk & makan!

Semua self service, kalau boleh, bungkus dan buang dalam tong sampah skali la ye. Sebab tong sampah ada sedia je. And makan, biarlah bersih. Jangan kotor2. :) Oh ye, kedai ni tak pakai pinggan, sebab tu lah kalau boleh, sampah tu buang la sendiri bekas2 kita makan kan? :) Belajar lah jadi orang yang pembersih~

So, harga dia pulak..Satu bungkus nasi + ayam dan segala macam tu kosnya RM5.50 sahaja. Air pulak RM2.70 untuk yang berais. :) Murahkan? So ape lagi, boleh lah pergi try skarang!

Like their facebook page too : Ilham Nasi Kukus

No comments :

Post a Comment

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017