Okay, nowadays banyak sangat produk kecantikkan yang ada kat Malaysia ni. Baik online or offline. Semua dijamin kononnya dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan yang memakai. Dari testimoni2 yang orang terdahulu pakai, semua macam konon boleh percaya. Tapi, adakah benda tu terjadi betul? Adakah timing yang diberitahu tu betul? Macam contohnya, “Saya pakai minyak ni, sapu kat tempat bengkak, dalam 3 minit bengkak tu hilang!”. Betul ke 3 minit? Maybe sebenarnya setengah jam, tapi nak perlaku punya pasal, cakap lah 3 minit. And ada pulak yang pakai, memang terjadi hanya dalam 3 minit je bengkak tu hilang. Tapi, maybe bengkak dia sebesar duit 5 sen je, memang lah 3 minit boleh hilang. Macam tu lah contoh nya.
Lagi satu skim kecantikkan pemutihan kulit kononnya. Kita makan vitamin ni, dia dapat memutihkan kulit kita dalam masa beberapa minggu. Okay fine. Orang pun beli. Tapi, kulit orang ni ada beza beza melanin nya. Maybe yang makan tu, tak de lah hitam mana sangat pun, memang lah makan 10 biji pills dah boleh putih. And then orang kata, “Tu tengok dia ada bagi gambar tu. Betullah dia hitam masa dulu-dulu”. Okay, kalau ada gambar yang betul, memang lah boleh nak percaya. Tapi, orang macam saya ni yang ada sikit sifat OCD dalam badan ni, tends to look at every ince of the photo. Meaning that, kalau orang tu amik gambar sebelum dia kat tempat gelap, and selepas dia kat tempat cerah, memang boleh jadi ralat dah kat situ. Memang susah nak bandingkan sebab pengcahayaan pun penting jugak. Lagi satu, tengok jenis kamera jugak, maybe gambar sebelum dia pakai camera 1.3 MP je, tapi selepas dia hamboih terus 16MP. :P Lol. memang la nampak beza sangat. Quality gambar dan pengcahayaan pun boleh kira salah satu faktor yang banyak orang tertipu dengan produk2 kecantikkan lagi lagi yang melibatkan pemutihan kulit.
Saya bukan nak condem siapa-siapa. Saya sendiri ada test product kecantikkan macam ni jugak. Dan ada pakai and beli. Just nak tengok keberkesanan dia. Yang berkesan stakat ni tak perlu jual di Facebook dan tak perlu nak ada testimoni ramai-ramai pengguna pun. Hanya sorang dua je. Dan yang tu, memang saya nampak berkesan pada diri saya. Kulit muka dah tak berminyak, pores makin mengecik dan kulit tak kusam lagi. Jerawat still naik time “Red Flag” tu dan kadang2 bila saya main dengan kucing pun boleh naik. So tak ada lah kulit flawless macam patung. Cuma, saya tak perlu blot muka saya lagi. Keluar pun tak payah pakai foundation, pakai bedak muka dah cukup. Eh eh, ni dah salah entry. Haha.
Well, just nak anda semua berjaga-jaga lah. Walaupun hebat mana testimoni sesuatu product tu, teliti dengan betul dulu. Tengok gambar dia betul-betul. Jangan main beli saje. :)
* Ni contoh gambar saya amik pakai camera 1.3MP *
* Ini contoh gambar saya amik pakai 16MP *
* Ini yang saya katakan lighting berbeza. Tapi gambar di amil menggunakan camera yang sama. 16 MP *
No comments :
Post a Comment