Kalau Pembangkang menang pilhanraya tahun ni, saya nak DS Anwar Ibrahim tunaikan apa yang dia selalu katakan iaitu ini bukan perjuangan peribadi disebabkan keluarga dia telah dimalukan dan diseksa bertahun-tahun. Kalau betul ini bukan perjuangan peribadi, saya berharap DS Anwar Ibrahim memaafkan kesemua manusia yang pernah menyiksa beliau dan keluarga, bersatu dengan rakyat dan bersatu dengan parti politik yang lain yang sebelum ini tidak pernah sehaluan.
Saya berharap DS Anwar Ibrahim dapat menunjukkan contoh yang paling terbagus sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan menyatukan semula semua rakyat Malaysia tak kira apa parti yang mereka sokongi. Tak sedarkah kamu bahawa sekarang ini bukan hanya menyatukan semula rakyat Malaysia yang perlbagai kaum itu suatu masalah, tetapi masalah yang paling besar yang memang boleh membawa kepada maut dan hipertensi adalah masalah parti politik. Jangan main main dengan orang yang taksub politk .Saya berharap kalau DS Anwar menang dan memang IKHLAS dia nak tukar keadaan Malaysia ini dari segi kewangan, dari segi segalanya saya berharap sangat dia dapat menjadi pemimpin yang TERPUJI, IKHLAS, JUJUR dan AMANAH.
Kalau DS Anwar memenangi pilihanraya kali ini, semua orang dapat hidup dengan aman. Tidak bermakna sebelum ini Malaysia hidup dalam keadaan berperang fizikal tetapi kita hidup dalam keadaan berperang mental! Saya berharap kesemua benda, perangai, kata-kata, perbuatan yang negatif dan tak baik akan di buang dan DS Anwar akan menjadi pemimpin yang LAYAK untuk DIIKTIRAF sebagai Bapa Kemenangan.
Akan tetapi, jikalau Barisan masih lagi memenangi dan menerajui pucuk kemimpinan negara, saya berharap pula DS Najib dapat juga bersatu dengan parti yang lain. Lain parti tak apa, tapi biar bersatu. Biar sehaluan. Biar tiba pilihanraya akan datang rakyat akan pening kepala nak undi yang mana satu. Bukan pening kepala sebab kesemua parti politik pun TAK BOLEH PAKAI, pening sebab KESEMUA PARTI POLITIK PUN BOLEH PAKAI! Ya saya kurang arif tentang politik sebab saya menyampah. Sedarkan anda bahawa dengan keadaan politik sekarang ni tidak ramai anak muda yang secara sendiri aktif dengan politik? Jikalau DS Najib masih menjadi Perdana Menteri selepas ini, saya berharap juga bahawa dia akan menjadi pemimpin yang JUJUR, AMANAH, IKHLAS dan TERPUJI. Bila salam dengan rakyat tu, tengok lah dia. Cakap dan bersembang lah. Jangan buat orang kecil ni macam rasa terhina. Saya respect Tun Abdulllah Ahmad Badawi. Simple. Bila singgah ke pameran mana-mana, dia memang akan berhenti dan cuba untuk bersembang dengan orang-orang. Even waktu Tun menjadi PM Malaysia lagi.
So dear PM Malaysia, tolong lah ubah. Bukan nak ubah apa, ubah keadaan rakyat Malaysia sekarang ni. Ubah mindset, minda mereka. Yang sakit nanti golongan muda jugak. Fikirkan lah.
No comments :
Post a Comment