Seiring dengan perkembangan fesyen
yang semakin pesat, kita juga dapat melihat kini terdapat pelbagai fesyen hijab
yang semakin unik dan trendy digayakan oleh ramai wanita berhijab. Ada wanita
yang menggemari fesyen hijab kontemporari yang moden, dan masih ramai juga yang
masih setia dengan stail hijab yang asli. Bercakap mengenai stail hijab pula,
secara amnya trend fesyen hijab terbahagi kepada dua iaitu trend hijab kasual
dan trend hijab formal.
Apakah trend hijab kasual? Ia
dikategorikan sebagai fesyen-fesyen hijab yang lebih moden dengan sesuai
digayakan untuk dipadankan dengan koleksi pakaian kasual dan bagi trend hijab
formal pula, ia selalunya lebih ringkas dan kemas. Satu contoh, adalah tidak
sesuai untuk anda memakai koleksi glitter shawl untuk menghadiri satu mesyuarat
formal. Oleh itu, apakah hijab styles yang paling sesuai atau pilihan
selamat untuk anda gayakan ke pejabat?


Cotton Shawl
Bercorak atau tidak bercorak, koleksi
cotton shawl merupakan jenis tudung yang paling sesuai untuk padankan dengan
apa jua koleksi pakaian pejabat anda.


Instant Shawl
Begitu juga dengan koleksi instant
shawl yang bersesuaian dengan imej korporat. Rekaan instant shawl yang ringkas
ini menjadikan si pemakai kelihatan lebih kemas.


Tudung Bawal
Dan pilihan ketiga adalah koleksi
tudung bawal yang sememangnya evergreen. Selain tampak kemas dipakai, ia
memberikan keselesaan yang ideal kepada para pemakai.
yesss I agreed
ReplyDelete