Saturday, July 8, 2017

Pregnancy Blog : MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) at Klinik Kesihatan Dengkil

Assalamualaikum semua. Harini rasanya macam nak share my experience but MGTT or orang cakap minum air gula kat klinik kerajaan. Since Anfaal register my pink book kat klinik kerajaan, might as well buat all the checkups kat sana kan? But still, i do have my first appointment kat private hospital next week. Just to meet the doctor and to ask on how if i were to give birth at their hospital, the procedure and what not.

My appointment was at 8am tapi since klinik yang Anfaal pergi tu parking dia susah sangat, pagi-pagi 7.35am dah tercegat kat situ. Itu pun dah ramai gila orang datang tunggu tau! So, lepas dah masukkan buku pink kat bakul 8am, Anfaal tunggu je lah sampai nurse semua dah start bagi number dan susun semua buku2 pink yang banyak tu. Bila dah turn Anfaal, kena buat macam biasa lah timbang dan tengok blood pressure dulu. Hari tu saja ada dalam 6 orang buat MGTT ni termasuk Anfaal.




Bila dah settle timbang semua, nurse akan suruh pergi makmal utk buat ujian air kencing. Macam biasa kat Dengkil tu makmal dia sebelah registration jer so letak je buku pink tu kat dalam bakul, tunggu pembantu makmal tu amik satu slip dalam buku tu dan bagi cawan. Lepas dah selesai kench, letak lah balik cawan tu kat tingkap and then boleh dapat result there and then jugak. Lab assistant tu akan bagi balik slip tadi dan selit je balik slip tu kat dalam buku pink korang.

Oh ye, korang kena puasa tau pkl 10pm malam sebelum nak kena buat MGTT tu lagi. Sebab nya tak nak bagi ada campuran apa apa pun makanan/minuman yang boleh affect result darah tu nanti. Bila dah sampai, dah amik first blood test pun still kena puasa tau! Sampai la dah ambik second blood test baru la boleh makan.



(sumber gambar:imanabdulrahim.blogspot.com)

Air gula kat Klinik Kerajaan macam kat gambar atas tu lah. Cawan dia pun macam tu. Ramai orang kata, buat air gula ni nak muntah lah, pekat lah. Tapi Anfaal dapat yang okay jer. Alhamdulillah, air gula dia tak de lah pekat sangat sangat. Minum senang jer teguk teguk. Korang kalau nak tips minum air gula ni, nanti Anfaal bagitau kat bawah nanti yer.

Lepas dah habis minum secawan air gula tu, korang duduk2 lah kat mana-mana and then berehat2 dulu. Sebab lagi 2 jam baru amik darah yang second tau. Nak check sebelum & selepas air gula tu. Takut ada diabetis. Macam Anfaal, family history ada diabetis so kena buat lah MGTT ni without fail. Lepas dah 2 jam, dah amik darah second time, dah boleh balik. Process dia around 8am-10.30am jer actually. Tapi itu untuk 6 orang lah buat air gula. If ramai lagi, maybe lama lah korang duduk kat klinik tu.

So mai Anfaal share skit apa yang Anfaal buat sampai boleh tahan elok jer tak muntah masa minum air gula tu.

1. Malam sebelum tu Anfaal makan tak sampai kenyang sangat. To be honest, Anfaal makan burger lagi malam tu tau! Haha. Tapi Anfaal minum air masak banyak sangat. And then makan rempeyek. Oh my, i am so unhealthy! Tapi, Anfaal tak sarankan korang makan burger / rempeyek okay. Korang makan makanan yang korang nak makan tapi cuba elakkan nasi & roti sebab these two ada kandungan gula yang agak tinggi.

2. If korang ada Accu-Check yang untuk check gula dalam darah tu, korang try buat test kat rumah. Try buat test before and after dulu tengok kandungan gula korang berapa. Anfaal try buat betul-betul lepas makan, 8.9 mmol tu! Haha. Takut!

3. Masa hari kejadian tu, lepas dah amik darah semua and it's time for you to drink the air gula, korang baca Bismillah dan Selawat dulu lepas tu minum jer. InsyaAllah tak ada apa. Kalau tak boleh minum cepat-cepat, minum je ikut pace yang korang nak. Janji habis air tu dan korang tak muntah lepas tu.

4. Lepas habis minum je, terus kumur. Kumur sampai hilang rasa gula tu kalau boleh. Sebab korang akan duduk kat klinik tu lagi 2 jam (tak boleh balik if klinik kerajaan) untuk the next step. Time tu, kalau korang ada appointment dengan doctor, boleh la jumpa doctor. If not, bawak buku or anyting untuk habiskan masa 2 jam tu.

Jangan takut untuk buat MGTT. Actually, tak ada apa sangat pun. Rilex, tarik nafas jer. Sekejap je settle dah. Tapi, lain orang lain experience. Alhamdulliah so far semua 6 orang yang buat sekali dengan Anfaal semua steady jer. Tak ada rasa muntah or mual pun. Rilex jer. Yang susah nak relex is time nak tunggu result. Result Anfaal tak keluar lagi. Gerun pun ada jugak ni. Takut di chop ada diabetis, kena pulak amik darah lagi 4 tube. T_T

So, next MGTT test for me would be in September. Time tu 28 weeks pregnancy dah. Yer, kena buat dua kali.

Semoga berjaya bakal mommy!

Till then,
xx

2 comments :

  1. Hi Anfaal, Ezza here.
    Im actually 14 weeks pregnant. I have my checkup at the same KKIA, Dengkil.
    Haritu pergi, my berat naik 1kg. Then nurse ckp x boleh naik more than 0.5kg.
    If next checkup, my berat naik more than 0.5kg, kena minu air gula. seram sejuk dengar cause byk cerita seram pasal air gula ni. hehe.
    So nak tanya, air gula tu penuh 1 cawan ke? or sikit je dia bagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah Ezza. sorry sangat for the late reply. Saya punya penuh tapi tak de lah penuh sangat hehe..KKIA memang strict sikit bab naik berat badan ni..hopefully all went well ya. <3

      Delete

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017