Monday, August 21, 2017

Pregnancy Blog : Susu Kambing Wildan MAMA Premium

Assalamualaikum wbt semua! Seronok pulak asik update pasal pregnancy je. Bukan nak bongkak, bukan share ni sebab nak menunjuk yang dah ada isi tapi share sebab mana lah tau kan, ada ibu-ibu yang tercari-cari jugak solusi kat Google macam Anfaal ni hehe. Sejak dua menjak ni, Anfaal rajin minum susu bancuh untuk ibu mengandung. Haritu minum Anmum (tak minum hari-hari takut baby besar dan berat naik mendadak) Matena perisa coklat tu. Okay je rasa tak de lah teruk mana pun. Tapi since rajin menggoogle ni, terjumpa lah susu kambing yang sesuai untuk orang yang berdarah O+ minum, especially untuk tak bagi anak terkena penyakit kuning, InsyaAllah.


Macam ni lah, Anfaal sebenarnya tak makan kambing sangat. Tak berapa nak suka sebab bau dia tu. Tapi kalau makan sikit-sikit boleh la lagi nak telan hehe. So boring kan? So, Anfaal macam takut sikit la nak minum susu kambing ni sebab takut ada bau hamis tu. Nanti dah beli rugi pulak tak minum kan? After searching and reading testimonial ibu yang dah pernah minum susu Wildan ni, semua kata boleh diminum dan tak ada bau hamis langsung. So, Anfaal pun confident lah beli satu kotak terus kat online Wildan4u walaupun ada sachet yang dia jual boleh beli satu satu untuk rasa dulu kot agaknya.

Lepas dah minum satu paket tu, hmmm boleh tahan. Bau hamis memang tak ada Bila dah bancuh dengan air suam tu, bau macam susu tepung biasa je. Bila dah telan satu teguk, glup..okay boleh 'rasa' kambing di situ. Orang yang tak berapa lalu nak makan kambing, insyaAllah masih boleh minum susu ni. Macam Anfaal lah hehe. Dia ada rasa 'kambing' kat situ tapi disebabkan ada rasa lemak-lemak susu jugak, so tak ada lah kuat sangat rasa kambing tu. 

Salah satu tips untuk ibu-ibu yang tak berapa lalu nak minum, just buat susu ni sesuam yang boleh. Supaya boleh minum dengan cepat hehe. Ingat, ni bukan untuk kebaikkan diri sendiri jer tapi juga untuk kebaikkan anak dalam kandungan jugak. Macam Anfaal, niat memang tak nak bagi anak terkena jaundice jer nanti sebab orang kata kalau darah O+ memang mudah anak nak kena jaundice.

Kebaikkan susu kambing Wildan Mama Premium ni bukan jer untuk ibu mengandung, ibu berpantang, ibu menyusu dan ibu bekerjaya pun boleh minum tau! Seba kandungan dia memang banyak bahan yang bagus untuk ibu ibu. Ada campuran Habbatussauda, Gam Arab dan Kurma. Lengkap semua yang baik-baik sahaja untuk anak dan ibu. So tunggu apa lagi, cepat-cepat cuba Susu Wildan Mama Premium ni tau! Senang sebab dia dalam bentuk sachet so satu kotak ada 22 sachets. Di sarankan untuk minum satu gelas pagi dan satu gelas malam. Tapi, kalau awal-awal tu masih nak membiasakan diri, boleh minum satu gelas malam setiap malam atau selang selikan. Sampai lah dah biasa lidah dengan susu kambing ni.

InsyaAllah, kita ikhtihar kan. Harap-harap anak lahir nanti tak ada penyakit kuning. Yang tu kena tunggu bulan 12 baru nampak result, insyaAllah. Hehe.

Till then,
xx

No comments :

Post a Comment

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017