Friday, July 20, 2018

Al-Fatihah Sayangku Mumtaz. Selamat Hari Lahir babe.

Assalamualaikum wbt semua. Entri kali ni amat personal, but still i think perlu dicoretkan untuk membuang segala kedukaan, segala yang terbuku, tersirat akan disuratkan di dalam coretan ini. Pertama sekali, Al-Fatihah buat arwah Mumtazila. Kenalan rapat sejak zaman Uniten. Masih segar di ingatan, kali pertama bertemu dalam kelas malam. Tak berapa nak ingat course apa but it is one of the elective courses lah kan since kelas malam. Semua gambar dah diedit untuk menutup aurat arwah.

Mumtaz, ko ingat tak lagi waktu gambar kat bawah ni. Ni masa open house rumah Sir TJ. Ingat tak kita duduk lepak sampai malam, rasanyalah. Sebab aku ingat, kita tolak kereta Sir TJ (time tu kereta Waja kot) sebab tiba-tiba tak boleh nak start. Kenangan beb ni. Dah lama sangat gambar first (atas) ni. 

Gambar bawah tu pulak, kat open house Raya rumah kau. Aku tak pernah miss datang kan walaupun ada yang kadang-kadang tu terlambat. Walau aku tau makanan maybe tak de tapi aku datang bukan sebab nak makan sangat, aku datang sebab nak jumpa ko beb. Aku tau, ko tiap-tiap tahun mesti jemput aku datang open house rumah ko. Next year, tak ada lagi lah dapat aku datang open house rumah ko beb. :( Tak pe, aku datang 'rumah selamanya' ko yer. Aku janji, Mumtaz. Al-Fatihah.





Gambar kat atas ni, ko ingat tak beb. Bila kita amik. Aku rasa time ni kita semua baru grad dari Uniten. Baru nak rasa dunia luar yang tiada sempadan. Hehe. Time ni kita makan steamboat kat sebelah Sunway Pyramid tu kan. Aku tak ingat siapa suggest tempat tu, Flaming Steamboat kot kalau tak salah nama kedai dia. Bukan main lagi kita posing kat Sunway Pyramid tu haha. Kamera siapa aku tak ingat. Kamera Dyla kot agaknya. Banyak lagi gambar kita kat sini, tapi aku amik yang ni sebab tak nampak sangat rambut kau beb. And aku suka gambar ni sebab nampak kita bertiga. Ya Allah, aku tulis ni pun dah nak naik sebak Mumtaz. Aku sungguh tak sangka.

Bila aku nampak kau masuk hospital bulan puasa lepas, aku ada comment kat gambar kau Mumtaz. Aku nampak kau ada post gambar tangan ada air drip. Ko jawab ko gastrik Mumtaz. Lepas tu aku tengok IG pun dah tak ada gambar, facebook pun dah kurang aktif. Aku tak syak apa apa beb. Maafkan aku. Tak alert dengan kesakitan kawan sendiri. Sampailah Dyla bagitau aku cerita sebenar. Aku terkejut. Tak sangka. Tapi aku masih positive. Bila tiba aku nak melawat ko je, mesti ada je kejadian yang menghalang. Sumpah beb aku nak melawat ko minggu lepas ni, tapi ayah aku pulak admit hospital. Terkilan sangat sebab tak sempat nak jumpa ko beb. Aku takut..aku takut aku jumpa ko aku nangis beb. Aku takut aku tak kuat. Tapi semua halangan tu memberikan aku satu petanda, bahawa aku memang tak dapat jumpa ko lagi buat selama-lamanya babe. Ni salah satu sebab nampak sangat aku ni kawan macam apa kan babe? Menyesal tak sudah pun takkan dapat jumpa ko lagi babe. Al-Fatihah


Ni lah conversation kita YANG TERAKHIR. Yes. Yang terakhir. Aku tak sangka. It is not even a verbal communication babe. Jahatnya lah aku. 


Gambar ni aku rasa Dyla lagi expert ni. Hehe. Nampak dua bidadari putih tu? Haa..bridesmaid wedding Dyla tau! Hehe. Aku tumpang sekaki baju warna pink gitu. Baju ni ntah mana aku letak tak ingat dah babe. Tah tah dah tak muat. Hehe. Kejadian di wedding Dyla kat Taman Tasik Metropolitan. Tarikh sumpah aku tak ingat. Maap Dyla. Hehe. Time ni rambut aku panjang mengurai gitu. Kenangan semua ni, takkan ada gantinya dah lagi. Al-Fatihah.


Ni pulak gambar masa kita bukak puasa kat Concorde Hotel. Ingat tak lagi kejadian ni. Ni aku rasa first time kita bukak puasa sama-sama and kat hotel pulak tu. High class gitu. Hehe. Aku rindu kau Mumtaz. Aku tau, aku maybe tak selalu jumpa kau babe. Aku tau, aku tak selalu message kau, tak selalu tanya khabar kau. Kau masuk hospital pun aku tak pergi melawat. Aku kawan yang..ntah lah babe aku tak tau nak cakap macam mana. Tapi kau, kau selalu ada je dengan aku, bila aku susah, senang, aku perlukan pertolongan, aku pernah pinjam kau duit kan? Kau tak kisah pun kau bagi pinjam walaupun RM100. Alhamdulillah aku ganti balik jugak lepas tu. Ko lah kawan aku dunia akhirat. Sama macam kawan-kawan kau yang lain beb. Mak aku, makcik aku, kawan makcik aku semua terkejut dengar kau dah tak de beb. Semua ingat kau. They said kau jovial which is true. Kau orang yang paling tak pernah tak gelak. Aku kalau jumpa kau jer mesti ketawa gila gila babe. Kau memang murah senyuman dan gelak kan. Semua sayang kau babe. Tenanglah kau kat sana. Al-Fatihah.

Aku tak pernah kehilangan kawan dengan cara macam ni. Hilang kawan sebab lain macam..ntah lah babe..gaduh ke apa ke semua ada. Tapi dengan macam ni, memang 100% hilang dah babe. Aku dah tak dapat nak bergurau dengan ko lagi, aku tak dapat nak gelak gelak dengan ko lagi..aku dah tak dapat semua tu.


Gambar ni kejadian sangat! Sebab time ni la aku nak bagi barang2 bridesmaid korang hehe. Dengan baju bagai semua kalau tak salah aku laa. Dah la kejadian sangat sebab aku pergi salah kedai plak tu. Haha. Tengok tengok kat seksyen 7. Haha. Patut la aku pelik korang kata kat kaunter bayar tapi aku diri kat kaunter bayar tak nampak pun korang. Haha. Lawak lawak. Kenangan manis aku takkan lupa babe. Terima kasih sebab sudi jadi bridesmaid aku. Ko lah orang yang pertama sampai kat hotel aku nikah sebab kan we olls tido sama-sama malam tu. Hehe. Malam last aku single, aku tido sekatil dengan ko beb. Haha. Korang pulak dok main inai-inai tangan pulak tu. Hadui lah, aku tak tau macam-mana aku dapat kekuatan untuk menulis entry ni dekat dengan hari lahir kau Mumtaz (esok). Al-Fatihah.


Ni adalah gambar yang memang aku paling tak dapat nak lupakan babe. Bridesmaid aku yang ni lah yang asik ugut bakal suami aku (time tu lah) dengan ayat ayat 'Sekali je aaaaa..kalau ko dua kali siappp' haha. Dengan malam before aku nikah tu, we all keluar lepak kat Castle dengan Nazim & Joe. Lepas tu kecoh nak bagi makeup kat Dyla. Haha. Lawak betul time tu. Kenangan nya la Ya Allah. Aku tak sanggup nak teruskan entri ni. Tiap kali aku teringat kat kau, sebak babe. Ko ingat tak kejadian hari nikah aku tu? Yang skirt baju aku jadi apa? Haha. Ya Allah bridesmaid aku semua ni bergabung dari power rangers! Zip skirt boleh pulak terkoyak time nak sarung tu. Terima kasih babe. Untuk segalanya. Al-Fatihah.


Ni gambar resepsi sebelah Nazim. Ko pun datang skali dengan rombongan famili aku. Mak aku yang suruh beb. Aku bangga ko sudi ikut family aku semua. Ya Allah aku tak tau lah nak cari mana kawan macam kau ni lagi. Niat aku nak tengok kau naik pelamin tapi tak apa babe. Allah lebih sayangkan kau. Dia rindu kau sebab tu dia tarik kau dari kita semua. Aku berdoa babe, kau tenanglah di sana. Tidur lah dulu Mumtaz. Kita semua akan datang. Selamat tinggal kawan dunia akhirat. Selamat tinggal kawan susah senang.

Banyak lagi gambar kenangan kita Mumtaz. Tapi aku tak sanggup nak scroll satu satu. Aku takut aku tak redha dengan pemergian kau Mumtaz. Aku takut aku tak dapat nak terima. Aku nak simpan semua gambar kenangan kita semua. Aku harap dapat berjumpa dengan kau lagi di sana. 

Al-Fatihah. 


No comments :

Post a Comment

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017