Friday, July 12, 2019

Dashing Deo + Perfume Review

Assalamualaikum and Salam Jumaat. Hari ni rasa nak menulis dalam bahasa Melayu lah. Boleh? Or kita campur campur ya. Hehe. Okay, hari ni Anfaal nak tulis review sikit on the latest product by Dashing. Kalau korang dengar je perkataan Dashing kan mesti korang tau, produk ni is for men, guys, orang lelaki kan? So, Anfaal dapat their new range of items, ada empat jenis bauan kesemuanya. 



Bila nampak ada kotak besar macam ni sampai, memang tak sabar sabar dah nak buka hehe.






Obviously bukan saya lah yang pakai so saya bagi husband jadi tempat untuk saya testbed sekarang ni. So yang bagi review ni adalah dari husband saya, saya masukkan dalam blog.

But before kita bagi review, jom tengok apa yang lainnya dengan deoderant yang lain dipasaran? Dashing Deo Perfume ni is 100% deodorant so tahan lama lah. Tak payah nak spray banyak-banyak, sekali sehari dah cukup dah so boleh tahan dalam 146 hari juga la kalau spray hari hari. Tak ke jimat tu? Hehe.





Ada 4 jenis bauan

Hatrick - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

Ultimate Kick - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

Hitman - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Speed - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

Satu satu baru memang mengancam and lain lain (of course lah) and husband suka baru warna Merah. Bila tanya husband, betul ke bau dia tahan lama? Husband cakap "Yesss. Tahan lama cuma kena spary 2x sehari lah".

Sebab husband jenis yang memang WAJIB pakai perfume and deodorant, memang this is the right choice for him.

Body Spray Dashing boleh didapati di semua farmasi dan gedung beli belah dan web dalam talian terkemuka Malaysia, dengan harga RM12.50 untuk satu botol spray 120ml. Jimat sangat bila spray sehari sekali (atau dua kali) je and satu botol ni boleh tahan sampai 5 bulan! Hehe.

Untuk maklumat lanjut, boleh lah layari Facebook Dashing https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan Instagram https://www.instagram.com/dashing_my/.

Terima kasih Dashing sebab bagi perfume + deodorant ni. Husband saya wangi tiap tiap hari hehe.

Till then,
XX




No comments :

Post a Comment

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017