Monday, August 9, 2021

Potty Train anak - Ada umur tertentu ke?

 Assalamualaikum wbt & salam sejahtera to all my readers. I feel like writing a blog post today sebab rasa macam dah berjaya potty train anak dengan cemerlangnya. (cheh haha riak pulak). Al-kisahnya, my one and only daughter, Marissa or dengan nama panggilan Acha ni dah nak masuk 4 tahun dah Dec 2021 ni. Lepas tu, bila tengok ramai yang dah berjaya potty train anak they all seawal usia 2 tahun, i jadi macam gelisah. Kenapa anak aku dah 4 tahun masih tak di train untuk potty kat toilet? Aku ni malas ke apa? Haha Sebenarnya, banyak lagi benda yang aku fikir dulu. Macam mana nak potty train? Boleh ke aku buat ni? Pandai ke anak aku nanti? Tak susah ke nak lap semua, lagi lagi kalau time tengah meeting online, mampuihhhhhh! haha

Tapi, secara tak langsung, aku sedar yang anak aku ni dah pandai 'tahan kencing' atau dengan nama lain dia tak kencing sekerap dulu and kalau nak kencing dia akan cakap 'nak shishi' dulu baru dia kencing. And petanda petanda macam tu membuatkan aku berani cuba untuk tak pakaikan Acha lampin pakai buang masa pagi pagi, cuma malam je tak berani lagi. Takut kencing tilam pulak. haha.

So bagi aku lah, nak potty train ni biar anak dah bersedia dan mak pun dah tau nak buat macam mana. Macam aku, setiap 30min aku tanya nak kench tak? Nak shishi tak? Kenapa kench je, berry tak tanya ke? Selalunya anak aku kalau dia nak berry, dia memang akan inform dulu..walaupun time pakai pampers dulu. So tak de hal sangat lah bab tu. 😀 Tapi, dia masih tak pandai nak berry kat toilet lagi, dia rasa susah. Haha. So tak pe lah Acha, kita cuba slowly okay.. tak payah paksa. Bila dah ready, nanti kita berry kat toilet. 

Mak mak sekalian, anak korang potty train umur berapa? 😃 


Till then,

XX

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017