Tuesday, November 30, 2021

[Review] Safi Youth Gold Lifting Serum

 Assalamualaikum wbt and good day everyone. Hari ini Anfaal nak share sikit on this one skincare in which you can get kat any pharmacy kat Malaysia ni. Safi skincare range, bila sebut je mesti ramai dah tahu and mungkin juga pernah pakai / sedang pakai kan? 

Kali ni Anfaal nak share my personal review on Safi Youth Gold Lifting Serum ni. Bila sebut je serum, Anfaal memang suka sangat sebab memang terlalu suka pakai Serum. Korang tahu kan, pemakaian serum merupakan 5 steps basic skincare and kalau boleh, i want to say it is diwajibkan untuk pakai. 

REVIEW SAFI YOUTH GOLD LIFTING SERUM

Sebenarya, bila dah umur 25 tahun, kulit kita akan start aging atau akan berlaku penuaan. Bila dah mula dari awal untuk menjaga aging skin ni, lama ke lamaan kulit kita akan hilang keanjalan dan ketegangan. Oleh itu, Anfaal sarankan kalau ada pembaca Anfaal ni yang umur dah 24-25 tahun, sila cuba produk anti penuaan atau anti-aging. Start untuk pakai dari awal. As some people said, prevention is better than cure. Takkan bila kulit dah sagging baru nak pakai anti penuaan kan? hehe

Safi Youth Gold Lifting Serum ni fokus dia more kepada dagu yang kendur. Untuk merawat kulit dagu yang kendur, beri 50% ketegangan dari seawal 15 minit selepas pemakaian tau! Serum ini juga diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift, kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K. Dengan gabungan ini, serum Youth Gold Lifting Serum ni ternyata lebih berkesan dari Vitamin C biasa. Another thing, range Safi Youth Gold Lifting Serum ni adalah formulasi yang dipertingkatkan dari Safi Youth Gold.

Pada awalnya, Anfaal pakai Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser dah Anfaal notice yang cleanser ni mempunyai bau yang agak kuat. Mungkin sebab Anfaal dah terbiasa pakai cleanser lain yang tiada bau. Ini adalah nota untuk sesiapa yang mempunyai sensitive skin terhadap bau-bauan di dalam skin care. 

Selepas cleanser, perlulah toner dahulu kulit muka kita and lepas tu akan ke step serum. Serum Safi Youth Gold Lifting ni tak melekit dan cepat meresap. Serum dia pun ada bau wangi sikit ya. 


Nak dagu runcing dan kuruskan muka, boleh cuba pakai serum ni hari ni! Boleh didapati di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness & Caring. Juga boleh didapati di lama e-dagang rasmi Wipro Unza (Shopee & Lazada) dengan harga RM59 sebotol.

Visit Safi social media accounts harini

Instagram - @safimalaysia
Facebook - @SAFI.My
Twitter - @SAFImalaysia
Youtube – SAFI Malaysia 

#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia 

Thank you!








Thursday, November 25, 2021

Kuantan trip (15-19 October 2021) A MUCH NEEDED TRIP

 Assalamualaikum wbt and selamat sejahtera. Apa khabar uolls? Harini Anfaal nak share my trip pergi Kuantan bulan October lepas. It is a much needed trip since we have been on a locked down since March/April 2021 lagi. So this was our first trip after so many PKPs and Phases of MCO. So with the new norm ni, sebelum pergi mana mana, we better do some self test dulu. So we did, all three of us and the result is as below; negative. 


Actually, Anfaal book hotel untuk trip ni dah lama. Main gamble je time tu sebab book pakai booking.com jer. And then free cancellation macam biasa lah kan. Booking since June 2021 ye. Then bila Prime Minister announced je kata dah masuk fasa 2 lah, fasa 3 lah and dah boleh merentas negeri, kita teruskan je dengan booking tu. So it is indeed a much needed trip for all of us.

We bertolak dari rumah dalam tengahari, singgah bank sekejap kat kajang and then terus ke gerak ke Kuantan. Nak di jadiakn cerita jugak, time tu ada cuti hari Selasa (cuti Maulud Nabi) so memang kira expect akan ramai lah time weekend nanti kat Hyatt Regency tu. And memang betul pun ramai, sebab masa nak keluar hari Sabtu tu, nampak penuh sangat kat lobby. Hotel tu lobby pun tak besar, so memang nampak agak padat. Tapi masih masing masing menjaga SOP. Ya, kita rakyat Malaysia ni memang patuh SOP ya, walaupun pergi negeri orang lain. Ada segelintir je yang bangga tak patuh, and lebih parah bangga jadi anti vaksin. 


Travelling time took us about….3 hours untuk sampai Teluk Cempedak (TC) and jalan surprisingly tak jem langsung. Maybe sebab we all travel hari Jumaat. Seronok tak terkata bila nak pergi bercuti ni. Rasa macam dah lama sangat tak pergi holiday. Memang tunggu tunggu since awal tahun la. Dah kepala ni dah plan, nak makan sini, nak pergi situ. Haha. Makan pun tempat yang sama macam last year jugak sebenarnya. Cuma tambah satu kedai baru, Mail Ikan Bakar. Hehe. Nak tau mana lagi sedap? Nanti Anfaal share kat bawah nanti ya. 

Once we reached the hotel, macam biasa lah, kemas kemas barang, solat and have a rest then we went to the mall. Macam last year, we went to East Coast Mall (ECM) for some food and groceries shopping, this is what we usually do lepas check in kat mana mana hotel. This would be our step by step SOP haha. After that we just have a good night sleep for our second day at Kuantan. 



Second day, rise and shine! Hari kedua ni selalunya tak tahu nak buat apa sangat sebab I did not plan my Kuantan trip properly. Hehe. So semua macam impromptu je. After we had our breakfast, terus turun ke pool, sebab dah janji hehe. So we went to the pool for a while. Bila dah nampak ramai orang tu, kita naik bilik balik. After that, we again went out ro ECM for brunch and thought of nak pergi makan Celup Tepung tapi ramai sangat orang so we cancel je lah. 


Bila dah sampai Kuantan ni, baru rajin nak pakai makeup. Tu pun masa hari 2nd je haha. Lepas tu dah tak kuasa nak makeup. Semua penangan WFH nak dekat 1 1/2 tahun ni. 

Third day! Hari Ahad di Kuantan. Hari Ahad ni seingat Anfaal adalah hari last rasa sejuk kat sini, sebab after that, memang panas like crazy! So hari Ahad we woke up early sebab nak pergi beach. Dah beli segala beach toys, wajib lah pergi kan. Hehe. 




Pantai at Kuantan ni (Teluk Cempedak) is a white sand beach lah kot kan. Pasir dia halus and senang nak jerlus kaki bila kena ombak. Then bila dah start panas tu kita masuk bilik and mandi! hehe. Then we straight away pergi Celup Tepung Hujung Tanjung sebab semalam tak dapat pergi cause full! So the third day we went earlier, pukul 12 dah sampai terpacak. And their system at that point of time tak berapa strategic. Since the place is quite small, ramai ramai cramp nak pilih seafood and all, not quite strategic. Hopefully they now can manage the crowd lah but we are thankful that meja dia besar. Hehe.




Celup tepung ni apa sebenarnya? Dia korang pilih pilih je apa korang nak, ada ikan, sotong, udang, bamboo, fishballs and more. So dia akan timbang/kira satu satu macam sotong and udang, then dia akan goreng dengan tepung. Macam celup tepung pisang tu. Hehe. Sedap makan cicah dengan sos macam sos keropok lekor, sos sira tu. Shedap! And harga pun affordable. Sangat murah ya. Makan ramai ramai memang sedap and please make sure korang simpan perut ya sebab nak makan ni banyak tau! 

Lepas makan tu we all terus balik hotel, perut kekenyangan kita balik hotel and rest then keluar balik pi mall lagi lah jawabnya. Hari hari pergi mall haha. Sebab nak tempat yang lapang and senang parking. Lepas tu we all terus pergi Super Top Ikan Bakar. Sebab time ni, tak ramai lagi orang and kawasan dia pun spacious. We ate Ikan Siakap Stim Asam, Ikan Pari Bakar, Sayur campur, telur dadar and sayur kailan ikan masin. Tapi dalam gambar ada ni je. Haha. Kat Super Top ni, Anfaal recommend korang makan Stim Fish dia. Sedap! Sebab Day 4, we all went to Mail Ikan Bakar, order menu lebih kurang cuma tambah sotong goreng tepung je (gambar bawah skali tu), ikan stim kat Mail dia macam pekat kuah dia, and then agak masin. 




So, hari ke 4 kat Kuantan, we all rasa nak pergi Natural Batik Village. Nak beli baju kelawar, kain batik, seluar shorts Marissa. Kat sini, tak berapa ramai orang, and kedai dia memang gelap. Sampai anak aku pun takut hahaha. Dia gelap and berabuk la skit, tapi nasib baik pakai mask. So protected la jugak dari habuk tu. Tapi banyak sangat baju, seluar, kain prints with batik. Kalau korang memang mencari batik, kat sini ada. Tapi harga dia mungkin agak mahal sikit lah. Since dia macam tourist spot juga.


Hari last kat Kuantan, we had breakfast kat Starbucks je, since tak melawat pun TC even tinggal kat area sini. Sebabnya, McD pun cannot dine in, Secret Recipe tutup, Subway je ada. So, jalan Starbucks pagi pagi nasib baik boleh dine in. Makan breakfast sekejap, then we checked out. 


Ci vediamo presto, Kuantan. Rasanya macam akan jadi yearly event je ni. Haha.


So next, ke mana kita? 

XX,
Anfaal.



Saturday, November 13, 2021

Dah lama tak update blog…

 Assalamualaikun wbt and seal at sejahtera semua readers blog ku. Dah lama kan kita tak update blog ni. Asik auto update je kan from ifttt tu. Bosan. Sebenarnya tak de masa nak update blog ni sebab kerja memang busy sangat. Kat rumah busy family, kat office busy kerja. So ni kita cuba update and curi curi masa untuk blog ya.

Korang nak tengok apa dalam blog Anfaal ni? Since Anfaal rasa nak akrif blogging balik maybe Anfaal rasa nak buat macam review post balik lah. Boleh tak? Hehe. Rindu nak post gambar review, post product, post review ikhlas iolls. Hahha. Rindu nak share about my trip to anywhere. Nanti insyaAllah Anfaal share semuanya kalau ada masa. Sis cuba sikit sikit ya. 

Dulu-dulu masa muda, selalu update apa apa je pun kat blog ni..kalau korang tak caye, tengok la entri lama lama iolls balik..hahaha..kadang-kadang malu pun ada tapi tak nak la delete. Sayang. Hehe

InsyaAllah, my entry will be on my trip, and other product review nanti..kita tengok lah. Ada lagi ke yang masih baca blog ni?


Till then,

Xx

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017